Pada malam yang dingin , angin sepoi-sepoi bahasa mencengkam segala tulang-tulang yang ada di dalam badan ku. Hidup ini ibarat roda sekejap ada di atas sekejap ada di bawah. Bila kita berada di atas jarang sekali kita menyebut ‘Allah’ dan apabila kita berada di bawah seketika baru lah kita menyebut ‘Allah’. Inilah manusia apabila kita senang kita lupa pada Allah bila kita susah baru nak minta tolong dengan Allah. Allahuakbar!! Betapa hinanya aku di saat itu , manusia memang tidak pernah lari membuat kesilapan kerana manusia tidak sempurna semua orang tidak sempurna. Di saat ini aku memuhasabah diriku , memikirkan segala dosa-dosa ku.
Aku terlelap seketika dan bangun segera apabila menyedari bahawa sekarang sudah pukul 3 pagi,aku hendak berjumpa dengan KEKASIHku melalui solat tahajjud. Beginilah rutin harian aku setiap hari ia dapat mendekatkan diriku lagi dengan Allah. Jika sesiapa yang membuat solat tahajjud maka terlerailah 3 ikatan kepada badannya. Ikatan pertama terlerai di atas kepala apabila kita hendak bangun. Ikatan kedua terlerai , ketika kita menuju ke bilik air untuk ber wudhu’. Simpulan terakhir apabila menunaikan solat. MasyaAllah! Lihatlah kekuasaan Allah.
Selesai aku bermunajat kepadaNYA tiba-tiba aku terdengar ada orang memanggil namaku dengan nada yang sangat lembut “Anna” ketika itu aku sedang melipat telekung. Lagi sekali namaku di panggil “Anna Althafunnisa” kini dia memanggil dengan nama penuhku. Lantas aku keluar dari bilikku dan mencari suara itu dan rupa-rupanya ummi yang memanggilku. Ummi sedang duduk di atas sofa bersama abi , ya Allah sungguh aku rindu wajah-wajah ini. Wajah-wajah yang menyenangkan ku setenang langit nan biru ciptaan Allah Subhanahu Wataala.
“Ya ada .... apa ummi?’ tanyaku dengan lemah lembut
“Sayang .... ummi dah buat... solat tahajjud?’ kata ummiku
“Sudah ummi” jawabku sambil tersenyum.
“Mari ...kita bertadarus bersama-sama” kini abi pulak bersuara
“Baiklah ummi wa abi” Allah sunggu aku rindu , rindu dengan semua ini bermonologku di dalam hati.
Setelah membasahkan tekak aku pergi naik atas kembali untuk bersama ummi dan abi ku. “Maaf , ummi abi sebab..... tunggu anna lama....tadi pergi minum air kejap “ tersenyumku hingga menampakkan sebaris gigiku.
“Takpe sayang” jawab mereka serentak. Setelah itu kami memulakan tadarus bersama, MasyaAllah sangat merdu mereka mengaji. Allah hatiku sangat tenang apabila mengaji bersama mereka di saat hatiku yang sedang gundah-gulana ini. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pada pukul 5 pagi , maknanya selama 2 jam kami bertadarus. Kemudian , aku meminta izin kepada mereka untuk balik ke bilik untuk mempersiapkan diri sementara menunggu azan subuh. Aku tahu masa masih panjang lagi untuk azan subuh kira-kira 1 jam lagi azan berkumandang.
AHOYDERR, matey! Its yournamehere here. I was born on the something-th day of the something-th month.
I super-duper hate people who just can't take criticism.