Sebelum aku masuk ke bilik , ummi berkata kepadaku “sayang , semoga menjadi muslimah yang sejati ya jaga adik baik-baik” dahiku berkerut kenapa ummi berkata begitu?
Lalu abi pula yang berkata kepadaku “peliharalah keluargamu baik-baik ya anna , abi dah tak boleh menjadi ketua lagi kerana kamu yang akan menjadi ketua kepada adikmu” Allah muka abi dan ummi tersenyum sahaja apabila mereka berkata begitu seolah-oleh tiada apa yang berlaku.
“Baiklah ummi wa abi” jawabku
“Selamat tinggal anakku sayang , ummi dan abi sayang kalian semua. Semoga kita berjumpa di syurga allah , insyaAllah” ummi dan abi melambai tangan kepadaku. Ummi! Abi! Hendak ke mana? Di sinikan rumah kita. Apakah yang terjadi? Mengapa mereka pergi? Mengapa? Aku melihat makin lama makin mereka menjauhiku. Ummi!! abi!!!!!! Jeritku sambil tersedu-sedan.
“Anna! Bangun enti! Bangun...” aku terasa badanku di goyang-goyangkan dan seperti ada orang memanggil-manggil namaku. Apakah itu ummi? Dimanakah suara merdu yang mengaji Al-Quran tadi? Dimanakah suara abi? Tetapi kenapakah mereka memanggil aku enti? “Anna , bangun enti. Enti mengigau ni” sekali lagi suara itu bergema di telinga ku.
Lalu aku membuka mata perlahan-lahan mataku sedikit silau kerana cahaya lampu yang sangat terang. Aku lihat sekeliling bilikku , masyaAllah mengapa aku berada di rumah sewaku? Astaughfirullah!! Rupanya aku bermimpi bertemu dengan ummi dan abiku. Aku sudah rasa tidak sedap hati , tak pernah aku bermimpi sebegini rupa. Petunjuk apakah ini ya Allah?
“Anna sayang , enti bermimpi ni”
“Hmm , subhanAllah enti bukankah tadi ana sedang membuat solat tahajjud? Bagaimana ana boleh tertidur? Jawabku sambil menguap.
“Memang enti sudah membuat solat tahajjud dan selepas itu enti terlelap di atas sejadah dan enti seperti meracau-racau memanggil nama ummi dan abi enti. Ana pun kejutkanlah enti”
“Tapi ana macam betul-betul jumpa dengan mereka enti. Ana mimpi ummi dan abi ana pergi meninggalkan ana , petanda apakah ini Humairah..ana takut , takut”
“Enti bersabar ya , tenangkan hati....banyakkan berzikir , insyaAllah akan tenanglah hati enti nanti”
“Iya syukran Humairah , Mudah-mudahan tiada apa yang terjadi di sana” jawabku dengan
senyuman yang hambar.
“Jom kita menunaikan solat subuh bersama-sama” sambung lagi sahabatku. Humairah memang seorang muslimah yang baik. Wajahnya , pertuturannya persis seperti ummiku.
AHOYDERR, matey! Its yournamehere here. I was born on the something-th day of the something-th month.
I super-duper hate people who just can't take criticism.