“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku , sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati , ku hulurkan tangan kepada shabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat , semakin aku percaya diri , aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka , jika aku dapat aku ingin setia padanya. - Imam Shafie
Alhamdulillah , sedar tak sedar sekarang imtihan terakhir semakin dekat. Sudah empat tahun aku belajar di Universiti Al-Azhar. Hmm , pasal mimpiku malam tadi sahabatku berpesan kepadaku agar menelefon keluargaku di tanah air untuk memastikan adakah sesuatu telah berlaku di sana.“Assalamualaikum...Naily..Ummi,ada tak? akak nak cakap dengan ummi kejap”
“Waalaikumussalam akak , hmm... sebenarnya daripada semalam lagi ummi dan abi tak balik-balik lagi dari kampung..Naily risaulah akak...Fattah pun pergi juga” aku berasa tidak sedap hati mendengar jawapan adikku.
“Naily...kalau ada apa-apa hantar emel kepada akak ya dik , akak pun risau juga ni” aku meluahkan kepada adikku.
“Ya...nanti kalau ada apa-apa Naily emelkan kepada akak ya, akak jangan fikir sangat pasal ini ya. Buat elok-elok imtihan akak nanti” Naily memberi sedikit perangsang kepadaku.
“InsyaAllah..doa-doakan akak ya sayang..Assalamualaikum jaga diri..” aku menamatkan perbualan itu selepas , Naily menjawab salamku.
Alhamdulillah, aku dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan..hmm..rasa berat tanggungjawab yang dipikul terasa semakin ringan. Namun aku..hmm...entahlah perasaan ini semakin lama semakin sukar dibendung. Kini , aku sedang bersabar menunggu keputusan imtihan tadi.
Keindahan sungai Nil dapat memujuk hatiku yang sedang gundah-gulana , perasaan yang tidak keruan memikirkan keluarga di Malaysia. Sudah dua tahun aku tidak pulang ke Malaysia. Entah apalah yang terjadi di sana..apakah maksud yang tersirat dan tersurat melalui mimpiku pagi tadi..hmm..rasa sayu pula apabila hendak meninggalkan tanah Mesir ini. SubhanAllah , sungguh indah ciptaanmu ya Allah..walaupun sudah berulang-kali aku menikmati , tidak pernah ada perasaan jemu setiap kali ke sini.
“Ustazah , ustazah anna..” tegur seseorang , eh macam pernah nampak la budak ni.
“Ya , enti siapa?” ramahku.
“Eh , lupa pulak nak perkenalkan diri..mungkin ukhti sudah lupa.. ana Aisyah , pelajar medic Cairo University School of Medicine...junior ustazah semasa di Maahad Tahfiz Sains dulu , masih ingatkah ukhti?”
“MasyaAllah! Aisyah rupanya patutlah macam pernah kenal je tengok aisyah ni...apa khabar Aisyah? Lama sudah kita tidak berjumpa. Aisyah buat apa di sini? Makin cantik akak tengok” berselorohku.
AHOYDERR, matey! Its yournamehere here. I was born on the something-th day of the something-th month.
I super-duper hate people who just can't take criticism.