“Aisyah dapat tawaran disini , dengar cerita akak pun belajar disini..tahun terakhirkan? itu yang makin bersemangat kita kak” penuh semangat Aisyah bercerita.
“Iya , ana tahu terakhir disini. Kamu belajar elok-elok ya”
“InsyaAllah kak..tak apalah ana balik dulu ya ...Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” jawabku sambil tersenyum. Aisyah adalah adik angkatku seperti baru semalam kami berjumpa.
Alhamdulillah , syukur aku sudah selamat sampai di tanah air tercinta. Dengan segulung ijazah yang mampu menggembirakan ummi dan abi , sengaja aku merahsiakan kepulangan ini untuk membuat kejutan untuk mereka. Aku menaiki teksi untuk menuju ke rumah ku yang sangat aku rindui. Aku berharap ummi,abi dan Fatah sudah pulang dari kampung.
Dua jam berlalu kini ana sudah berada di hadapan rumahku yang sangat dirindui. Perlahan-lahan air mataku menitis kerana gembira. Tetapi mengapakah rumah ini sunyi benar? Dimanakah mereka berada?
“Akak! Kenapa balik tak bagi tahu ni?” Naily menegurku
“Saja...akak nak buat kejutan dekat kamu semua , ummi wa abi mana adik?”
“Err , maaf kak. Maaf sangat , Naily tak bermaksud nak menipu akak..yang sebenarnya mereka sudah meninggalkan kita , sudah hampir sebulan kak. Maaf kakak , Naily buat semua ini untuk kebaikan akak..supaya akak boleh tumpukan kepada imtihan terakhir kakak” aku lihat Naily sudah tersedu-sedan menahan air mata.
“Aaa..dikk..ti..ti..pu..akak kan? Mana Fattah? Fattah sayang akak dah balik ni!” Hampir luluh jantung mendengarnya.
SubhanAllah! Ya Allah! Apakah ini petunjuk yang kau
berikan semasa dalam mimpiku? Aku jatuh terduduk..air panas mengalir jatuh setitis demi setitis jatuh ke bumi..Allah , aku redha atas pemergian mereka.
Tahlil diadakan pada malam hari , beransur-ansur pulang tetamu yang hadir pada malam ini. Ya Allah! Kalaulah aku balik haritu , mungkin aku sempat mencium tangan ummi dan abi untuk memohon maaf , namun aku tahu ini semua adalah kehendakNYA siapalah aku untuk melawan takdirNYA. Aku melalui dugaan ini dengan hati yang cekal dan tabah atas kehendakNYA.
Aku duduk termenung , sesekali air mata jatuh berguguran apabila aku teringat kembali wajah-wajah mereka. Selepas ini ,tiada lagi suara manja Fattah , tiada lagi masakan daripada ummi .. tiada lagi suara abi yang mengimamkan kami.
Ahh..lamunan ku terhenti apabila Naily menjerit memanggil namaku.
“Kakak! Turun sebentar kak” panggil Naily
“Iya..ada apa ni adik?” jawabku dengan mata bengkak kerana saban hari menangis
AHOYDERR, matey! Its yournamehere here. I was born on the something-th day of the something-th month.
I super-duper hate people who just can't take criticism.